PEMAIN Sepanyol, Rafael Nadal menjalani latihan, hari ini. FOTO REUTERS
PEMAIN Sepanyol, Rafael Nadal menjalani latihan, hari ini. FOTO REUTERS
AFP

Madrid: Perut Rafael Nadal mengalami kesan koyak sepanjang 7 milimeter (mm), tetapi dia mahu beraksi di separuh akhir Wimbledon menentang Nick Kyrgios, esok, lapor akhbar harian Marca.

Nadal, juara 2008 dan 2010, menjalani ujian imbasan bagi kecederaan itu, hari ini selepas kemenangan perit 3-6, 7-5, 3-6, 7-5, 7-6 (10/4) ke atas Taylor Fritz di suku akhir, semalam.

Pemain berusia 36 tahun itu berkata, dia tidak pasti mengenai pernyertaannya di kejohanan itu walaupun dia mensasarkan kejuaraan ketiga.

"Saya tidak boleh memberikan jawapan jelas kerana jika saya berkata mahu bermain, tetapi sesuatu berlaku, maknaya saya menipu," katanya selepas menewaskan Fritz.

Nadal pernah mengalami situasi sama di Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2009 apabila perutnya terkoyak sepanjang 2 sentimeter.

Dia bermain di separuh akhir sebelum tewas kepada pemain yang muncul juara kejohanan, Juan Martin del Potro.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Julai 2022 @ 9:58 PM