SELANGKAH buat Nadal untuk julang kejuaraan Indian Wells Masters. FOTO AFP
SELANGKAH buat Nadal untuk julang kejuaraan Indian Wells Masters. FOTO AFP
AFP

Indian Wells, Amerika Syarikat: Rafael Nadal menewaskan pemain muda berbakat Sepanyol yang juga rakan senegaranya Carlos Alcaraz 6-4, 4-6, 6-3 untuk menempah tiket ke final ATP Indian Wells Masters menentang lawan dari Amerika, Taylor Fritz.

Nadal yang mencipta rekod merangkul kejuaraan Grand Slam ke-21 di Terbuka Australia Januari lalu melebarkan rekod kemenangan 20-0 pada 2022.

Bintang berusia 35 tahun itu beraksi selama tiga jam 12 minit untuk menyingkirkan pemain berusia 18 tahun itu yang mempunyai cita-cita untuk mengikuti jejak langkah idola zaman kanak-kanaknya.

"Saya fikir ia adalah perlawanan terbaik kejohanan setakat ini," kata Nadal.

"Pada set ketiga saya bermain dengan penuh keazaman yang tinggi menentang pemain yang sangat sukar untuk dilawan. Dia seorang pemain yang hebat dan mempunyai banyak perkara yang menakjubkan."

Alcaraz adalah bintang yang mempunyai rangkaian pukulan yang hebat dalam perlawanan yang turut disertai angin kencang di set kedua yang menyaksikan serpihan berterbangan.

Alcaraz berjaya mengatasi rasa gementarnya dalam pertandingan itu apabila mendahului 2-0 - meraih lima daripada 17 break point menakjubkan yang dihadapinya pada set kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2022 @ 12:09 PM