KATIE meraikan kejayaan meraih emas acara 800m gaya bebas Kejohanan Dunia. FOTO Reuters
KATIE meraikan kejayaan meraih emas acara 800m gaya bebas Kejohanan Dunia. FOTO Reuters
Reuters

Fukuoka: Kejayaan Katie Ledecky dalam acara 800 meter (m) gaya bebas wanita semalam membolehkannya melepasi rekod Michael Phelps perenang paling banyak meraih emas renang di Kejohanan Dunia dengan pungutan 16 medal.

Dia juga mencipta sejarah dengan menjadi perenang pertama yang memenangi enam gelaran dunia berturut-turut dalam satu acara selepas mencatat kemenangan keenam berturut-turut 800m gaya bebas.

Kemenangan pertama Katie adalah pada usia 15 tahun dan sejak itu perenang dia tidak pernah kalah dalam acara berkenaan.

Katie yang berusia 26 tahun mencatat masa masa 8:08.87 saat (s), empat saat ketinggalan berbanding rekod dunianya pada 2016 dan juga 4.44s lebih pantas daripada pemenang tempat kedua, Li Bingjie dari China.

Ariarne Titmus dari Australia meraih gangsa pada saingan yang berlangsung di Fukuoka, Jepun.

"Saya tidak pernah bermimpi untuk datang ke kejohanan ini dan meraih pencapaian seperti ini," kata Katie kepada pemberita di Jepun.

"Untuk berada di sini dan meraih banyak emas kejohanan dunia ia memang menakjubkan."

Katie sebelum ini menyamai rekod Phelps dengan kemenangan dalam acara 1500m gaya bebas selepas 17.04s mengatasi pemenang tempat kedua dari Itali, Simona Quadarella.

"Ia satu penghormatan. Saya sudah mengenali Michael selama bertahun-tahun, saya memandang tinggi kemampuannya ketika masih kanak-kanak lagi," kata Katie.

Dia juga memperoleh perak dalam acara 400m gaya bebas dan 4x200m berganti-ganti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2023 @ 12:35 PM