Marquez berjaya merangkul petak utama GP Sepanyol. FOTO AFP
Marquez berjaya merangkul petak utama GP Sepanyol. FOTO AFP
Reuters

Jerez: Juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez meraih petak utama di Grand Prix (GP) Sepanyol selepas mengetepikan Marco Bezzecchi dari VR46 Racing dan pendahulu kejuaraan, Jorge Martin pada sesi kelayakan di litar basah.

Pelumba berusia 31 tahun itu merangkul petak utama pertama dengan pasukan satelit Ducati, Gresini Racing, selepas berpindah daripada Honda.

Ia juga adalah petak utama yang ke-93 buatnya sepanjang karier, selepas kali terakhir di GP Portugal Mac tahun lalu.

"Sangat gembira terutamanya kerana ia adalah petak utama pertama bersama Gresini. Langkah demi langkah saya semakin meyakinkan. Jadi, kami perlu kekal fokus... Tetapi bermula di petak utama, sasarannya adalah untuk mencari penamat di podium," kata Marquez.

Penyandang juara MotoGP, Francesco Bagnaia menduduki tempat ketujuh di Litar Jerez itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 7:16 PM