JOHNSON buru gelaran ketiga buat dirinya. FOTO/AGENSI
JOHNSON buru gelaran ketiga buat dirinya. FOTO/AGENSI
AFP

PEMAIN golf nombor satu dunia Dustin Johnson yang memburu gelaran ketiganya tahun ini, mencatat tiga di bawah par 68 untuk mendahului satu pukulan selepas pusingan ketiga kejohanan PGA AS Heritage.

Johnson yang berkongsi tempat kedua di kejohanan Masters di Augusta National minggu lalu, mengumpul satu di bawah par 203 selepas aksi 54 lubang di Harbour Town, Hilton Head, South Carolina.

Pemain Amerika Syarikat berusia 34 tahun itu yang berasal dari bandar Columbia, menjuarai acara Jelajah Eropah di Arab Saudi dan Kejuaraan Mexico WGC pada Februari namun berharap dapat menjulang gelaran PGA ke-21 di kampung halamannya.

“Ia pastinya istimewa,” kata Johnson.

“Namun ada ramai pemain yang hebat di sini. Saya perlu bermain dengan gaya penuh istimewa esok jika mahukan kemenangan.”

Satu pukulan di belakang Johnson adalah pemain England Ian Poulter, pemain Slovakia Rory Sabbatini dan wakil Ireland Shane Lowry.

Sementara itu tiga pemain AS Patrick Cantlay, Scott Piercy dan Trey Mullinax, pemain Taiwan Pan ST, bintang Korea Selatan KJ Choi dan pemain Argentina Emiliano Grillo berkongsi tangga kelima dengan 205 pukulan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2019 @ 8:36 AM