HARRIF sandaran emas negara dalam acara berbasikal lebuh raya. FOTO FB Harrif Saleh
HARRIF sandaran emas negara dalam acara berbasikal lebuh raya. FOTO FB Harrif Saleh
Affan Rostam


Kuala Lumpur: Sebagai persiapan menghadapi trek berbasikal yang dikatakan sedikit mencabar pada temasya Sukan Sea Hanoi kali ini, beberapa atlet negara dilihat giat menjalani latihan simulasi sebelum berlangsungnya perlumbaan sebenar.

Ini kerana profil trek di bandar Hoa Binh bagi acara berbasikal lebuh raya yang diterima daripada negara penganjur, Vietnam itu dilihat lebih kepada trek berbukit.

Menerusi hantaran Instagram pelumba basikal berpengalaman negara, Harrif Saleh, dia bersama beberapa lagi pelumba negara menjalani latihan pecutan di lebuh raya berbukit.

Sebagaimana dinyatakan pengurus pasukan berbasikal negara, Firdaus Arshad yang menyifatkan trek dengan bentuk geografi sebegitu dilihat kurang sesuai dengan beberapa atlet pecut negara seperti Harrif.

Tambahnya lagi, dengan keterbatasan membuat analisa terhadap kemampuan atlet negara jiran disebabkan kurangnya penyertaan mereka dalam kejohanan baru-baru ini agak membimbangkan kem berbasikal negara.

Bagaimanapun, kemampuan serta pengalaman yang dimiliki atlet negara dilihat mampu menambah koleksi emas buat negara dalam temasya Sukan Sea ke-31 kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2022 @ 6:22 PM