VAN der Poel (dua dari kanan) melakukan pecutan terakhir menuju ke garisan penamat. FOTO AFP
VAN der Poel (dua dari kanan) melakukan pecutan terakhir menuju ke garisan penamat. FOTO AFP
AFP

Visegrad: Pelumba berbasikal Belanda, Mathieu van der Poel berkata, dia menyertai Giro d'Italia kerana menyangkakan mampu memenangi peringkat pembukaan dan akhirnya dia berjaya melakukannya.

"Idea asalnya mula terbentuk untuk menyertai Giro kerana peringkat pertama sangat sesuai dengan saya dan ia memang luar biasa hari ini, saya berjaya melakukannya," kata Van der Poel.

Van der Poel berjaya mengetepikan pelumba Eritrea, Biniam Girmay dan Pello Bilbao di garisan penamat di puncak pendakian sejauh 4 kilometer (km) selepas mengharungi perlumbaan sejauh 195 km dari Budapest ke puncak bukit di Visegrad.

Pakar perlumbaan satu hari itu berjaya merangkul jersi merah jambu selaku pendahulu keseluruhan dan meraih masa bonus 10 saat selepas menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat.

"Saya sedar kedudukan dalam perlumbaan menjadi kunci utama. Saya sebenarnya sudah hilang tenaga untuk mengangkat tangan. Ia memang penamat biasa di mana ia sangat menyakitkan untuk memecut selepas pendakian terakhir," kata Van der Poel.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2022 @ 11:18 AM