Mathieu van der Poel (tengah) menguasai perlumbaan di Strade Bianche. FOTO Agensi
Mathieu van der Poel (tengah) menguasai perlumbaan di Strade Bianche. FOTO Agensi
Agensi

Itali: Mathieu van der Poel melengkapkan penguasaan Belanda di Strade Bianche selepas Chantal van den Broek-Blaak terlebih dahulu muncul juara perlumbaan wanita di Siena.

Van der Poel, 26, menguasai perlumbaan pada pendakian terakhir untuk memenangi perlumbaan dengan lima saat mengatasi juara dunia, Julian Alaphilippe.

Bekas juara Tour de France, Egan Bernal berada di kedudukan ketiga dengan rakan sepasukan di Ineos Grenadiers dari Britain, Thomas Pidcock di tempat kelima.

Chantal, 31, memenangi perlumbaan dengan tujuh saat mengatasi Elisa Longo Borghini.

Dalam perlumbaan lelaki, Pidcock, 21, adalah pelumba Britain pertama tiba di garisan penamat dengan 54 saat di belakang juara, ketika Simon Carr di tempat ke-11 dan Owain Doull ke 30.

Selepas memastikan kemenangan perlumbaan jalan raya becak popular dekat Tuscany, Van der Poel berkata: "Strade adalah salah satu perlumbaan yang saya mahu menang, dan sangat hebat dapat memenangi perlumbaan ini.

"Saya rasa sangat puas, saya memecut pada penghujung bahagian dan saya tampil mendahului bersama Bernal dan Alaphilippe.

"Kami bersaing sangat hebat. Saya dapat rasakan saingan yang cukup sukar dan menakjubkan apabila berjaya menamatkan perlumbaan dengan gaya seperti ini."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mac 2021 @ 7:57 PM