Jake Paul (kiri) dan Conor McGregor pertarungan yang dinantikan peminat. FOTO Agensi
Jake Paul (kiri) dan Conor McGregor pertarungan yang dinantikan peminat. FOTO Agensi
Agensi

Las Vegas: Eddie Hearn mencadangkan Jake Paul berdepan Conor McGregor bagi pertarungan akan datang.

Namun Hearn yang juga promoter pertarungan bimbang pertelingkahan bersama Dana White mungkin menghalang pertarungan besar itu dapat dilaksanakan.

Paul sudah mengalahkan dua bekas bintang White - Tyron Woodley dan Ben Askren.

Malah sejak kebelakangan ini dia bertelagah dengan presiden UFC menerusi media sosial apabila menuduh White tidak membayar gaji kepada petinjunya.

Sebelum ini bintang YouTube itu pernah mencabar McGregor - yang tewas pada pertarungan pertamanya dalam saingan tinju kepada Floyd Mayweather.

Hearn berkata jaguh Ireland itu adalah pertarungan besar buat Paul tetapi mengakui pertengkaran bersama White akan menghalang usaha untuk memeterai perjanjian.

Dia memberitahu DAZN Boxing: "Pada saya, pertarungan adalah membabitkan Conor McGregor. Saya fikir ia pertarungan yang bagus.

"Dia bukan seorang petinju tetapi dia mempunyai latar belakang amatur.

"Dia antara atlet yang cukup lengkap berbanding Tyron Woodley atau Askren dan mereka yang lain.

"Ia satu pertarungan penting tetapi ia pastinya membabitkan mengenai keseluruhan UFC, Dana White - Jake Paul."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 11:03 AM