JAKE Paul. FOTO AFP
JAKE Paul. FOTO AFP
Agensi

Las Vegas: Jake Paul berkata tiada mana-mana petinju termasuk Muhammad Ali benar-benar menguji diri mereka dalam perlawanan profesional keempat berbanding yang dilalui olehnya.

YouTuber berusia 24 tahun itu akan bertemu petinju yang beralih angin ke bintang realiti televisyen, Tommy Fury pada perlawanan yang dijadual berlangsung di Florida, bulan depan.

Paul sebelum ini menewaskan bekas bintang NBA, Nate Robinson; petarung UFC yang sudah bersara, Ben Askren dan bekas juara UFC, Tyron Woodley untuk rekod profesional 3-0.

Kini Paul akan bertemu petinju profesional buat kali pertama pada 18 Disember depan dan mendakwa dirinya setanding dengan nama-nama hebat.

"Tiada sesiapa termasuk Muhammad Ali, Mike Tyson atau Floyd Mayweather menguji diri mereka sama seperti saya dalam pertarungan keempat.

"Saya belajar banyak perkara mengenai diri sendiri dan apa yang mampu saya lakukan ketika beraksi di bawah tekanan.

"Saya tidak sabar untuk menggunakan segala pengalaman itu pada perlawanan seterusnya," katanya.

Fury adalah lawan pertama Paul berstatus petinju profesional yang cukup berpengalaman berbanding Askren dan Woodley adalah bekas juara MMA.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 November 2021 @ 11:57 AM