JAKE dan Tyson bakal bertarung tahun ini.
JAKE dan Tyson bakal bertarung tahun ini.
Agensi

London: Mike Tyson dan Jake Paul dilaporkan mencapai persetujuan untuk pertarungan bernilai £36 juta (RM205 juta) walaupun jurang ketara dari segi umur dan pengalaman kedua-dua rakan itu.

Bekas juara heavyweight dunia berusia 55 tahun itu yang kembali ke gelanggang pada 2020 dijangka menentang bekas YouTuber berusia 25 tahun awal tahun ini.

Kedua-duanya yang bergambar bersama tahun lalu berminat kembali bertarung tahun ini namun tidak ramai menjangkakan mereka akan berentap sesama sendiri.

Jake baru-baru ini menewaskan Tyron Woodley dalam pertarungan ulangan susulah masalah kesihatan dialami Tommy Fury dan turut dikaitkan dengan Conor McGregor dan Jorge Masvidal.

Sumber media berkata: "Mike dan Jake dijangka mengadakan pertarungan pertunjukan berbayar di Las Vegas.''

"Perjanjian lisan telah pun dicapai tetapi seperti sukan lain, ia kini mengenai kontrak dan pembahagian wang. Mike pastinya mahu bertarung dengan lawan yang jumlah keuntungan boleh dikongsi."

"Jake juga mahu menunjukkan kepada dunia dengan menentang bekas jaguh yang pernah digelar lelaki paling jahat di atas planet melonjakkan kariernya ke tahap lebih tinggi.

"Pertarungan ini mampu merapatkan jurang antara peminat tinju 'old school' dengan pengikut generasi baharu."

Kedua-duanya bertemu dalam satu program Tyson baru-baru ini dengan Jake berkata legenda tinju itu menggelarkannya petinju terhebat sepanjang zaman.

Iron Mike turut ditanya mengenai potensi pertarungannya dengan Jake dan mendedahkan dia dan keluarganya meminati bekas bintang filem Disney itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 January 2022 @ 12:07 PM