JAKE Paul (kiri) mahu bertarung dengan McGregor di gelanggang tinju. FOTO AFP
JAKE Paul (kiri) mahu bertarung dengan McGregor di gelanggang tinju. FOTO AFP
Agensi

London: Pengurus Khabib Nurmagomedov mendakwa Jake Paul mampu menewaskan Conor McGregor dan seluruh pasukannya.

Paul yang juga seorang YouTuber, tanpa henti mendesak untuk diaturkan satu perlawanan tinju dengan McGregor.

Ia selepas dia mengutuk McGregor dengan kata-kata kesat dan memalukan pasangannya, Dee Devlin awal tahun ini.

Abdelaziz memberitahu TMZ Sports: "Jake Paul, saya suka budak ini. Anda tahu kenapa? Sebab dia seorang yang jujur.

"Apabila dia bercakap mengenai isteri Conor, Paul berkata McGregor juga pernah bercakap mengenai isteri Khabib. Saya suka dengannya.

"Saya rasa dia mampu tewaskan Conor dan semua rakan sepasukannya. Saya juga suka abangnya, Logan Paul.

"Mereka meraih sesuatu daripada tiada apa-apa. Malah Mike Tyson menyukai kedua-duanya. Mike adalah rakan baik saya."

Paul turut mendesak Presiden UFC, Dana White memujuk McGregor kembali beraksi di gelanggang tinju.

Bagaimanapun bintang dari Dublin itu yang tewas pada penampilan pertamanya di gelanggang tinju kepada Floyd Mayweather pada 2017, dikatakan lebih berminat beraksi di saingan UFC.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Julai 2021 @ 8:51 PM