Aksi Conor McGregor (kanan) dalam satu pertarungan. FOTO File AFP
Aksi Conor McGregor (kanan) dalam satu pertarungan. FOTO File AFP
Agensi

CONOR McGregor dimaklumkan supaya terus bersabar dan menunggu untuk bertarung pemenang antara Khabib Nurmagomedov dan Justin Gaethje.

Atlet seni bela diri Ireland itu sedang menunggu masa sesuai untuk melakukan penampilan semula dalam UFC selepas sukan berkenaan turut terkesan dengan penangguhan berikutan pandemik Covid-19.

Dana White memberitahu Conor McGregor supaya bertenang dan mengambil peluang untuk melakukan persiapan sebaik mungkin.

Namun Dana White mencetus kemuncak pertarungan itu kembali dan Gaethje yang melakukan kejutan menewaskan Tony Ferguson di UFC 249 menjadi bualan ramai.

Dia kelihatan memperoleh tempat utama untuk mencabar kejuaraan lightweight milik Khabib.

Ia meninggalkan seteru hebat Khabib, McGregor dalam bayangan, sekalipun menurut White ia hanya sementara waktu.

Bercakap pada Talk The Talk podcast White memberitahu Eddie Hearn dan Tony Bellew: "Saya fikir ia adalah yang terbaik buatnya.

"Saya tidak katakan ini tidak akan berlaku. Tapi berdasarkan pendapat saya, dia membenarkan pertarungan Gaethje-Khabib dahulu dan seterusnya berdepan pemenang perlawanan.

"Saya fikir ia adalah tindakan bijak buat dirinya. Tapi, anda tahu dirinya, mungkin dia mahu bertarung sebelum itu.

"Dan jika dia melakukannya, kami boleh memikirkan sesuatu. Saya fikir ia adalah tindakan daripadanya ketika ini."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 9:35 AM