Jake Paul. FOTO Agensi
Jake Paul. FOTO Agensi

London: Jurulatih Jake Paul berkata agak sukar untuk Conor McGregor, Nate Diaz dan Jorge Masvidal menewaskan bintang YouTube itu.

Paul sebelum ini mencabar pertarungan membabitkan trio bintang UFC itu sebagai mempromosi penyertaannya dalam seni bela diri campuran (MMA)

Malah tiga jaguh itu potensi menjadi pertarungan masa depan Paul, dedah ketua jurulatihnya, BJ Flores.

Namun bekas pencabar cruiserweight menegaskan kurang pengalaman dalam pertarungan membuatkan Paul mahu mengharungi beberapa pertembungan lagi.

Flores memberitahu The Schmo: "Terdapat banyak nama, beberapa individu, anda sangat mengenali mereka di UFC.

"Masvidal dan Diaz dan atlet seperti mereka dan McGregor, ramai daripada persaingan yang sesuai dengan Jake dan dia akan menewaskan mereka.

"Pada pandangan saya agak sukar untuk mereka atau lawannya menewaskan Jake seterusnya melakukan dalam tempoh lapan pusingan atau 10 pusingan.

Paul, 24, petinju yang memiliki rekod kemenangan 5-0 baru-baru ini mengatasi Tyron Woodley, 39, menerusi knocked out, tiga bulan selepas menewaskan bekas juara UFC itu menerusi kiraan mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 January 2022 @ 10:46 AM