Jake Paul. FOTO Agensi
Jake Paul. FOTO Agensi
Agensi

Las Vegas: Personaliti media Amerika Syarikat (AS), Stephen A. Smith mendakwa Jake Paul tidak boleh terlepas daripada terus berbohong mengenai karier tinjunya.

Paul melebarkan rekod profesionalnya kepada 5-0 selepas menumbangkan Tyron Woodley minggu lalu dalam aksi enam pusingan pada pertarungan di Florida.

Paul yang juga bintang YouTube dijadualkan berdepan Tommy Fury sebelum pertarungan itu terpaksa ditangguhkan kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan dan kecederaan.

Smith mendakwa rentetan senarai kemenangan Paul tiada apa yang perlu dibanggakan sepanjang kariernya.

Dalam satu klip video First Take program, ESPN, dia menuduh Paul adalah petinju yang tidak bertarung dengan petinju lain.

"Jake Paul tidak boleh lari daripada berbohong lagi," katanya.

"Dia menjalani latihan bersama petinju dan jurulatih tinju profesional lebih daripada empat tahun.

"Kamu menumbangkan pemain bola keranjang, menewaskan individu di Ben Askren yang pernah terbabit dalam pertarungan UFC.

"Tyron Woodley mempunyai kekuatan untuk menumbangkan kamu, sudah pasti dan dia sudah menewaskan beberapa orang sebelum ini. Tetapi dia juga ahli gusti.

"Kamu sememang bukan pejuang tinju sebenar."

Begitupun, Paul turut merancang mencabar pertarungan membabitkan juara dunia, Canelo Alvarez yang sebelum ini memenangi lima kejuaraan dunia dalam beberapa kategori berat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Disember 2021 @ 2:14 PM