PAUL (kanan) dan Fury dijangka berentap Ogos depan.
PAUL (kanan) dan Fury dijangka berentap Ogos depan.
Agensi

London: Jake Paul mendedahkan dia mungkin akan menentang Floyd Mayweather atau Tommy Fury pada Ogos depan. Petinju berusia 25 tahun itu kini sedang dalam persiapan untuk pertarungan seterusnya tetapi belum menentukan siapa lawan.

Paul kali terakhir menentang bekas juara dunia UFC, Tyron Woodley pada Disember lalu dan memenanginya menerusi 'knockout'.

Dia sepatutnya menentang Fury sebelum petinju Britain itu menarik diri akibat kecederaan.

Tetapi Paul tidak menolak kemungkinan menentang pencabarnya itu di gelanggang atau bekas bintang UFC yang lain.

Paul dikaitkan dengan Mayweather, Fury dan De La Hoya yang berusia 49 tahun sebelum ini tetapi kini dia menyenaraikan enam pencabar berpotensinya.

Ketika ditanya siapa pencabar itu, Paul berkata: "Floyd Mayweather, Oscar De La Hoya, Anderson Silva, Michael Bisping, Tommy Fury atau Sonny Williams di luar Australia.

"Terdapat ramai pencabar dalam senarai dan ada antaranya sudah diperkatakan. Hanya memilih pencabar paling wibawa.''

Paul sebelum ini mencabar Conor McGregor selain bekas bintang UFC, Nate Diaz dan Jorge Masvidal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2022 @ 12:13 PM