Sifan (kanan) bangkit selepas terjatuh untuk memenangi saringan 1,500m. FOTO Agensi
Sifan (kanan) bangkit selepas terjatuh untuk memenangi saringan 1,500m. FOTO Agensi
Agensi

Tokyo: Sifan Hassan bangkit daripada terjatuh untuk menghidupkan peluang dalam saringan 1,500 meter (m) dan memastikan pemburuan tiga gelaran dalam acara olahraga di Olimpik.

Atlet Belanda itu memburu pingat dalam acara itu begitu juga yang pertama bagi 5,000m dan 10,000m.

Pada permulaan di pusingan terakhir saringan 1,500m di Tokyo, dia terjatuh selepas gagal mengelak apabila atlet Kenya, Edinah Jebitok tiba-tiba terjatuh di hadapannya.

Dia segera bangun dan bangkit dari kedudukan ke-11 untuk mara ke separuh akhir.

Atlet berusia 28 tahun itu tidak mempunyai masa lama untuk berehat apabila turut bertanding dalam acara final 5,000m.

Sifan memenangi kejuaraan dunia dalam 1500m dan 10,000m, dengan pingat gangsa dalam acara 5,000m.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Ogos 2021 @ 8:48 PM