PEMAIN Switzerland, Roger Federer meraikan kemenangan di pusingan Wimbledon ke atas pemain Brittain, Cameron Norrie, hari ini. FOTO EPA
PEMAIN Switzerland, Roger Federer meraikan kemenangan di pusingan Wimbledon ke atas pemain Brittain, Cameron Norrie, hari ini. FOTO EPA
AFP

London: Roger Federer mara ke pusingan keempat Wimbledon buat kali ke-18, hari ini selepas menang dalam pertarungan empat set dengan Cameron Norrie, iaitu pemain lelaki terakhir Britain di kejohanan itu.

Juara lapan kali, Federer menang 6-4, 6-4, 5-7, 6-dan akan beraksi di pusingan keempat Grand Slam buat kali ke-69 dalam kariernya.

"Ia statistik yang sedap didengar. Ia membuktikan kepada saya apa yang berlaku apabila bangun daripada tidur," kata Federer yang akan berusia 40 tahun, lima minggu lagi.

"Saya mencintai setiap minit dan berharap ada lagi yang tinggal dalam diri saya. Satu kepuasan apabila dapat terus bermain ketika ini.

"Ini sesuatu yang istimewa kerana saya hampir berusia 40 tahun dan pada peringkat ini, ia adalah bonus apabila melihat sejauh mana saya mampu mara."

Federer adalah pemain lelaki ketiga tertua pernah mara ke pusingan keempat Wimbledon pada 'Open Era' – selepas Pancho Gonzales (41) pada 1969 dan Ken Rosewall (40) pada 1975.

Dia boleh menang perlawanan itu dengan 'straight set' apabila memiliki dua kesempatan permainan ke-11 set ketiga.

Bagaimanapun, Norrie bangkit untuk mengheret pertarungan ke set keempat dan apabila Federer mendahului 5-4, jelas tiada peluag kedua.

Ia adalah kemenangan ke-104 Federer di Wimbledon dan akan bertemu pemain Itali, Lorenzo Sonego pada Isnin ini untuk merebut tempat ke suku akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 1:34 AM