AKSI Ashleigh ketika menentang Katerina Siniakova di pusingan ketiga Wimbeldon. FOTO EPA
AKSI Ashleigh ketika menentang Katerina Siniakova di pusingan ketiga Wimbeldon. FOTO EPA
AFP

London: Pemain nombor satu wanita dari Australia, Ashleigh Barty berdepan laluan mudah untuk mara ke pusingan 16 terbaik Wimbledon.

Ashleigh yang berusia 25 tahun itu menewaskan Katerina Siniakova, 6-3, 7-5 dan kemenangan itu meyakinkan peminatnya bahawa dia boleh memenangi gelaran itu pada ulang tahun ke-50 mahkota Wimbledon pertama dimenangi pemain dari Australia, Evonne Goolagong Cawley.

Kemenangan itu membawa pertemuannya menentang juara Terbuka Perancis, Barbora Krejcikova di pusingan keempat.

Barbora antara pemain pilihan kejohanan bagaimanapun terpaksa bergelut sebelum mengesah tempat ke pusingan keempat menewaskan Anastasija Sevastova dari Lativa 7-6 (7-5), 3-6, 7-5.

Sementara itu Roger Federer turut mara ke pusingan keempat Wimbledon buat kali ke-18, selepas menang dalam pertarungan empat set ke atas Cameron Norrie, iaitu pemain lelaki terakhir Britain di kejohanan itu.

Juara lapan kali, Federer menang 6-4, 6-4, 5-7, 6-dan akan beraksi di pusingan keempat Grand Slam buat kali ke-69 dalam kariernya.

Federer berkata, Wimbledon sangat istimewa bagi dirinya.

"Saya harap ada lagi sedikit yang tersisa untuk saya di kejohanan yang istimewa ini kerana ia adalah kejohanan Slam yang terakhir sebelum saya berusia 40 tahun," kata Federer, pemain ketiga paling berusia yang berjaya mara ke pusingan 16 terakhir dalam era terbuka,

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 1:13 PM