HOE Yean berjaya mencipta dua rekod baru kebangsaan di kejohanan Renang Terbuka Malaysia. FOTO Ihsan Majlis Sukan Negara
HOE Yean berjaya mencipta dua rekod baru kebangsaan di kejohanan Renang Terbuka Malaysia. FOTO Ihsan Majlis Sukan Negara
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Perenang muda negara Khiew Hoe Yean perlu menunggu sekurang empat tahun lagi untuk melayakkannya beraksi di sukan Olimpik.

Setiausaha Agung Persatuan Renang Malaysia (MS) Mae Chen berkata, Hoe Yean atau lebih dikenali sebagai 'Steve' ketika ini berada di kedudukan kedua di belakang seorang lagi perenang negera Welson Sim.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) Welson mengumpul 881 mata bagi menerusi acara 400 meter gaya bebas pada 2019.

"Mengikut kriteria yang ditetapkan oleh FINA, perenang yang mempunyai pungutan mata tertinggi dalam acara yang diiktiraf oleh badan induk sukan renang dunia layak beraksi di Olimpik.

"Welson memperoleh mata tertinggi pada Sukan Sea 2019 di Manila apabila dia mencatatkan 3minit 49.55 saat dalam acara 400 meter gaya bebas sekali gus mendapat 881 mata sekali.

"Dia ketika ini berada di tempat kedua berdasarkan kelayakan ke Olimpik sekali gus mungkin perlu menunggu Sukan Olimpik Perancis nanti," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, 'Steve' berjaya mencipta dua rekod baru kebangsaan di kejohanan Renang Terbuka Malaysia yang melabuhkan tirai semalam.

Ia sesuatu yang langsung tidak dijangka oleh perenang muda negara berusia 19 tahun itu biarpun beraksi berseorangan dalam beberapa acara.

Kelmarin, Hoe Yean sekali lagi beraksi berseorangan namun dia berjaya mencipta rekod baru dalam acara 800m gaya bebas apabila merekodkan 8 minit 06.00 saat memadamkan rekod lama milik Welson Sim 8:08.77s yang dilakukan pada 2019.

Paling menggembirakan buat perenang muda itu dia turut melepasi syarat kelayakan kategori B ke Sukan Olimpik, 8:08.54s.

Sebelum itu, perenang terbabit mencatatkan masa 2:0.08s pada acara 200 meter (m) kuak lentang Sekali gus memadamkan rekod lama dipegang Alex Lim Keng Liat 2:00.94s yang dicatatkannya ketika memenangi pingat perak di Sukan Asia Bangkok pada 1998.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Jun 2021 @ 9:27 PM