London: Anthony Joshua (gambar) mampu mengejutkan Wladimir Klitschko untuk menjadi juara heavyweight dunia, kata jurulatih peninju Britain itu, Rob McCracken.

Bekas pemenang pingat emas Olimpik, Joshua bekerjasama dengan McCracken secara sepenuh masa sebelum menewaskan Eric Molina untuk mempertahankan gelaran heavyweight IBF buat kali kedua berturut-turut, Sabtu lalu.

McCracken hanya memerhatikan Joshua menumbangkan Molina dalam tiga pusingan di Manchester Arena dengan penganjur Eddie Hearn pantas mengumumkan perjanjian dimeterai di antara peninju Britain dan Klitschko untuk bertarung di Stadium Wembley, 29 April ini.

Yakin bahawa Joshua, 27, mampu menumbangkan peninju ‘gergasi’ dari Ukraine Klitschko, yang akan berusia 41 tahun ketika pertarungan itu nanti, McCracken memberitahu BBC Radio Five Live: “Klitschko pernah menumbangkan ahli gusti hebat sebelum ini tetapi saya fikir Anthony lebih daripada sekadar ahli gusti.

“Anthony boleh bertinju, bergerak dengan baik dan mempunyai keseimbangan yang baik. Kelajuan juga menjadi kuncinya dan apabila anda mempunyai kepantasan, mereka tidak akan dapat melihat tumbukan.

“Itulah perancangan buat Klitschko. Dia pasti tidak mampu mengelak atau mempertahankan apa yang datang daripada Anthony. -AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2016 @ 8:49 AM