WHYTE (kanan) menumbangkan Povetkin di pusingan keempat. FOTO Agensi
WHYTE (kanan) menumbangkan Povetkin di pusingan keempat. FOTO Agensi
AFP

Gibraltar: Petinju Britain, Dillian Whyte berjaya membalas dendam kekalahannya kepada Alexander Povetkin sekali gus dinobatkan selaku juara interim heavyweight WBC.

Dengan kemenangan itu, Whyte terus meletakkan sasaran untuk menjadi juara dunia yang tidak perlu dipersoal kemampuannya.

Di depan 500 penonton di Gibraltar, petinju berusia 32 tahun itu menewaskan lawannya dari Russia menerusi kiraan KO di pusingan keempat.

Ogos tahun lalu, Whyte menumbangkan Povetkin dua kali namun dia tewas pada pusingan kelima.

Whyte berkata kemenangan itu seharusnya membolehkan dirinya bertemu pemenang pertembungan antara Anthony Joshua dan Tyson Fury yang akan berlangsung kemudian.

"Saya tidak dapat menewaskannya seawal pusingan pertama. Dia seorang lawan yang sukar tetapi saya sebenarnya yakin mampu menewaskannya lebih awal.

"Saya percaya bahawa saya boleh menewaskan sesiapa sahaja. Saya mahukan gelaran juara dunia," kata Whyte.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mac 2021 @ 12:09 PM