‘Gypsy King’ umum persaraan. -FOTO Reuters
‘Gypsy King’ umum persaraan. -FOTO Reuters
AFP

London: Tyson Fury mengekalkan mahkota kejuaraan WBC heavyweight semalam selepas menewaskan rakan sepelatih Dillian Whyte ketika pusingan keenam di Stadium Wembley.

Kemenangan untuk 'Gypsy King', berlangsung di bumi UK buat kali pertama dalam tempoh empat tahun disaksikan oleh 94,000 peminat.

Fury, 33, yang belum tewas berkata ia adalah pertarungan terakhirnya dan mengumumkan bahawa 'Ini mungkin perlawanan terakhir untuk Gypsy King."

Sebaik perlawanan dimulakan, juara bertahan itu mengambil inisiatif untuk mengawal pertarungan dengan beberapa pukulan tepat di kepala dan badan.

Whyte gagal untuk bertahan dengan perlawanan terhenti beberapa kali apabila Whyte berada dalam keadaan tidak stabil selepas tumbukan padu Fury mengenai bahagian kepala dan badan.

"Saya terharu dengan sokongan ini," kata Fury.

"Saya tidak percaya 94,000 peminat lelaki dan wanita datang melihat saya, Dari lubuk hati saya, terima kasih kepada semua orang yang membeli tiket dan berjaya malam untuk menonton pertarungan ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2022 @ 8:32 AM