Pelumba F1 Mercedes, Lewis Hamilton. FOTO Agensi
Pelumba F1 Mercedes, Lewis Hamilton. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Lewis Hamilton dan pasukan Liverpool antara calon yang berada dalam senarai akhir mengikut kategori masing-masing pada Anugerah Dunia Sukan Laureus 2021.

Pelumba Britain, Hamilton bertarung dalam Anugerah Atlet Terbaik, selepas melakar kejayaan ketujuh bagi kejuaraan Formula Satu (F1) dunia untuk kategori pelumba pada 2020.

Liverpool memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama kali sejak 1990 pada tahun lalu berdepan saingan juara Liga Juara-Juara Bayern Munich berada dalam senarai akhir Anugerah Pasukan Terbaik.

Sensasi Jepun, Naomi Osaka, yang baharu memenangi gelaran Terbuka Australia pula berada dalam senarai kategori wanita.

Hamilton adalah pemenang bersama bintang bola sepak Barcelona, Lionel Messi bagi anugerah lelaki tahun lalu apabila pandemik Covid-19 dunia bermula.

"Sukar untuk mempercayai bagaimana besar perubahan yang berlaku - 2020 adalah tahun yang sukar bagi semua orang, atas pelbagai sebab dan sudah tentu sukan di seluruh dunia turut menerima kesan yang besar," kata Hamilton pemandu pasukan Mercedes itu.

"Saya bernasib baik dapat berlumba dan saya sangat berbangga dengan apa yang kami, sebagai satu pasukan, dapat mencapai kejayaan bersama."

Pemenang tahun ini akan diumumkan pada Mei dan dianjurkan secara virtual.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 11:27 PM