Carla Suarez Navarro. FOTO Agensi
Carla Suarez Navarro. FOTO Agensi
Agensi

Madrid: Bekas pemain nombor enam dunia, Carla Suarez Navarro berkata keadaannya semakin baik selepas menjalani rawatan kanser dan menaruh impian untuk kembali beraksi pada satu kejohanan utama terakhir iaitu Olimpik Tokyo tahun ini.

Atlet Sepanyol berusia 32 tahun itu, disahkan menghidapi hodgkin lymphoma tahun lalu.

Carla memuat naik di Twitter bahawa dia menempuhi sesi kemoterapi terakhirnya Isnin lalu.

"Saya tidak mahu orang ramai mengingati saya di katil hospital, jadi saya mahu beraksi sekali lagi di kejohanan utama," katanya.

"Ia bagaikan impian untuk melakukannya - Sukan Olimpik bagi mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga tenis dan semua peminat saya."

Carla yang sebelum ini merancang untuk bersara pada 2020, berkata dia sudah mengadakan perbincangan dengan Garbine Muguruza rakan gandingannya dalam acara beregu di Olimpik Rio 2016.

Tambahnya, dia teruja untuk beraksi semula sekalipun mengetahui memerlukan masa untuk mengembalikan prestasi seperti sebelum ini selepas berehat panjang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2021 @ 7:38 PM