TIKUS yang berada di persekitaran kereta. FOTO/AGENSI
TIKUS yang berada di persekitaran kereta. FOTO/AGENSI
Agensi

SAN DIEGO: Seorang gelandangan wanita ditemui tinggal di dalam sebuah van bersama 320 tikus di San Diego.

San Diego Union-Tribune melaporkan, pihak berkuasa mendapati tikus itu berkeliaran di dalam van dan menyelinap ke bahagian enjin.

Selepas menerima aduan mengenai tikus, Humane Society menawarkan bantuan untuk menempatkan ratusan tikus berkenaan.

Carla berkata, pada mulanya dia hanya ditemani dua ekor tikus. Selepas melahirkan anak setiap empat minggu, ia menghasilkan sedozen dalam longgokan sampah sehingga membiak dalam masa singkat.

Daily Mail melaporkan, lebih 100 tikus kebanyakannya bayi, kini boleh diambil untuk dibela.

Laman GoFundMe yang ditubuhkan untuk Carla kini mencapai AS$5,068 (RM21,217) dan sebuah SUV turut diterima hasil sumbangan penduduk tempatan.

Adalah dipercayai Carla bekerja di kedai serbaneka dan vannya diletakkan di luar kedai itu di Flower Hill Promenade di Via de la Valle.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 10:16 PM