LUQMAN menewaskan lawan dari Singapura, Buzzinho dengan keputusan 3–2. FOTO Ihsan Gamesbond
LUQMAN menewaskan lawan dari Singapura, Buzzinho dengan keputusan 3–2. FOTO Ihsan Gamesbond
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Luqman Haziq (GBX.Luqmanhzq) melakar satu lagi sejarah apabila muncul pemain pertama di Asia Timur yang menjuarai FIFA Global Series East Asia Qualifier 3 tanpa mencatatkan sebarang kekalahan.

Lebih manis lagi, kemenangan itu melonjakkannya selaku pemain nombor satu Malaysia bagi carta FIFA Global Series seterusnya layak beraksi di FIFA Global Series East Asia Playoff yang dijangka akan berlangsung Jun depan.

Laluan Luqman Haziq sememangnya sukar apabila diundi bertemu pemain terbaik Asia Timur dari Indonesia, Eggsy dari pasukan RRQ di peringkat saringan serta pemain dari Jepun.

Selepas berjaya mengharungi sesi saringan, Luqman Haziq meneruskan saingan bertemu pemain dari Singapura dan dua pemain dari Jepun.

Pada perlawanan akhir, Luqman Haziq berjaya menewaskan lawan dari Singapura, Buzzinho dengan keputusan 3–2 sekali gus dinobatkan selaku juara keseluruhan.

"Sasaran saya pada awalnya adalah sekurang-kurangnya mendapatkan tempat

ketiga untuk memperbaiki kedudukan saya di carta FIFA Global Series.

"Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan sokongan dari pasukan, saya mampu menjadi juara keseluruhan di kejohanan ini dan menjadi pemain tunggal yang tidak pernah dikalahkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 April 2021 @ 10:51 PM