Penyerang PSV Eindhoven, Donyell Malen. FOTO File Reuters
Penyerang PSV Eindhoven, Donyell Malen. FOTO File Reuters
Reuters

PENYERANG PSV Eindhoven, Donyell Malen dinamakan dalam senarai skuad Belanda buat pertama kali ketika jurulatih Ronald Koeman memanggil 24 pemain untuk kelayakan Euro 2020 berdepan Jerman dan Estonia.

Malen menjaringkan dua gol pada Khamis ketika PSV melangkah ke peringkat kumpulan Liga Europa dengan kemenangan 4-0 ke atas Apollon Limassol in Cyprus.

Koeman minggu lalu berkata, dia berharap pemain berusia 20 tahun itu akan meningkatkan jentera serangan Belanda dan di berhak mendapat tempat dalam pasukan selepas menunjukkan aksi cemerlang.

Juga terdapat penampilan semula pemain tengah Ajax Amsterdam, Joel Veltman yang memenangi 19 kap pada November 2017.

Belanda berdepan lawan sukar Jerman di Hamburg pada 6 September dalam kumpulan C dan berkunjung ke Tallinn untuk berdepan Estonia tiga hari kemudian.

Senarai Pemain

Penjaga gol : Jasper Cillessen (Valencia), Kenneth Vermeer (Feyenoord), Jeroen Zoet (PSV Eindhoven)

Pertahanan : Nathan Ake (Bournemouth), Daley Blind (Ajax Amsterdam), Matthijs de Ligt (Juventus), Stefan de Vrij (Inter Milan), Denzel Dumfries (PSV Eindhoven), Patrick van Aanholt (Crystal Palace), Virgil van Dijk (Liverpool), Joel Veltman (Ajax Amsterdam)

Tengah : Marten de Roon (Atalanta), Davy Propper (Brighton and Hove Albion), Kevin Strootman (Olympique Marseille), Tonny Vilhena (FK Krasnodar), Georginio Wijnaldum (Liverpool).

Penyerang : Ryan Babel (Galatasaray), Steven Berghuis (Feyenoord Rotterdam), Steven Bergwijn (PSV Eindhoven), Luuk de Jong (Sevilla), Memphis Depay (Olympique Lyonnais), Donyell Malen (PSV Eindhoven), Quincy Promes (Ajax Amsterdam).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Ogos 2019 @ 9:25 PM