FODEN yakin dengan ramuan Southgate. FOTO AFP
FODEN yakin dengan ramuan Southgate. FOTO AFP
Reuters

London: Pemain tengah Phil Foden berkata, England menunjukkan peningkatan dan mereka berharap dapat memberikan penyokong hadiah yang mampu dikenang 'sekali dalam seumur hidup' dengan memenangi Euro di Jerman.

Di bawah kendalian Gareth Southgate, England mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan suku akhir Piala Dunia 2022, serta mara ke final Euro 2020, di mana mereka tewas kepada Itali.

"Sungguh menggembirakan melihat kami boleh bersaing dengan negara teratas dan mencapai peringkat akhir kejohanan. Pada masa lalu, England bergelut untuk melakukannya," kata Foden kepada Daily Mail.

"Gareth membina pasukan sedikit demi sedikit dan kami melangkah ke hadapan ke arah yang betul.

"Ketika bermain sekarang, anda akan teruja. Riuh stadium yang penuh. Lagu kebangsaan. Ia adalah sesuatu yang anda selalu lihat sebagai seorang kanak-kanak yang membesar dengan mengetahui anda mahu menjadi pemain England."

Foden, yang menikmati kempen positif bersama Manchester City dan dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, akan menjadi salah satu nama pertama disenaraikan dalam pasukan Southgate.

England juga mempunyai tonggak muda yang berkebolehan iaitu Cole Palmer dari Chelsea, yang dinobatkan sebagai pemain muda terbaik EPL musim ini selepas menyertai kelab London itu dari City tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2024 @ 12:29 AM