Barisan pemain Arsenal meraikan kemenangan selepas membelasah Burnley 5-0
Barisan pemain Arsenal meraikan kemenangan selepas membelasah Burnley 5-0
AFP

Burnley: Pengurus Arsenal Mikel Arteta menjulang semangat yang dipamerkan anak buahnya selepas membelasah Burnley 5-0 sekali gus menyebabkan Liverpool tidak senang duduk.

Kemenangan itu jelas sekali menyebabkan Liverpool yang bergembira sebentar saja selepas pasukan terbabit meraih kemenangan 4-1 menumpaskan Brentford di Turf Moor untuk membuat lima kemenangan berturut-turut dalam liga.

Pasukan yang berpengkalan di utara London itu kini berada di tempat kedua iaitu dua mata di belakang Liverpool ketika mereka mengejar mahkota Liga Perdana Inggeris pertama sejak 2004.

Arsenal menunjukkan kehebatannya sejak kembali dari kem latihan musim sejuk di Dubai.

Mereka membelasah Crystal Palace 5-0, menang 2-1 di Nottingham Forest, mengalahkan Liverpool 3-1, dan meranapkan West Ham 6-0 dan terbaharu Burnley.

Martin Odegaard membuka tirai gol dalam empat minit dan brace Bukayo Saka disertai dengan gol Leandro Trossard dan Kai Havertz dalam aksi terbaik dipamerkan Arsenal.

"Sangat gembira dengan prestasi, hasil, dan sumbangan individu dan kolektif setiap pemain juga. Itu sangat, sangat bagus," kata Arteta.

"Dan fakta bahawa pasukan kelihatan seperti ingin lebih baik. Mereka tidak puas seterusnya mencetak lebih banyak gol."

Arteta mengakui kejayaan di Lancashire adalah persiapan yang ideal untuk kembali ke aksi Liga Juara-Juara dalam aksi pertama peringkat 16 terakhir di Porto pada Rabu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 8:51 AM