PENYERANG Real Madrid, Joselu. FOTO Agensi
PENYERANG Real Madrid, Joselu. FOTO Agensi
AFP

Getafe: Dua jaringan Joselu membantu Real Madrid melonjak ke puncak LaLiga hasil kemenangan 2-0 ke atas Getafe, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti kini dua mata di depan Girona yang turut berpeluang mencabar kejuaraan liga musim ini selepas masing-masing melalui 22 aksi liga setakat ini.

Joselu yang dipinjamkan dari Espanyol, meletakkan Madrid di depan pada separuh masa pertama dan menambah gol kedua selepas rehat di mana aksi berkenaan nyata didominasi pasukannya.

Juara Piala Super Sepanyol itu mencipta pelbagai peluang namun tidak dapat melebarkan jaringan dalam aksi derby babitkan dua kelab dari selatan Sepanyol itu.

"Dia (Joselu) melakukan semua yang diperlukan untuk kekal di sini, dia mempamerkan aksi yang hebat," kata Ancelotti.

"Adalah satu rahmat untuk mempunyai pemain kualiti sepertinya, dia seorang yang sangat merendah diri, serius, kami semua gembira dengannya," kata jurulatih itu lagi.

Ujar Ancelotti lagi, Madrid berada dalam keadaan baik menjelang akhir musim ini dan sedia memenangi saingan.

"Pasukan ini bermotivasi, berjuang dan kami beraksi dengan baik walaupun sebenarnya tidak semudah disangka," katanya dengan Madrid kini meninggalkan Atletico Madrid di tangga ketiga dan Barcelona ​​keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2024 @ 10:02 AM