GREENWOOD bina semula karier di Sepanyol.
GREENWOOD bina semula karier di Sepanyol.
Reuters

Getafe: Penyerang Manchester United berusia 21 tahun Mason Greenwood menyertai kelab La Liga Sepanyol Getafe secara pinjaman sehingga hujung musim ini, umum kedua-dua kelab awal pagi tadi.

United berkata bulan lalu Greenwood akan meninggalkan Old Trafford bagi mengelakkan 'terganggu' walaupun dibebaskan daripada tuduhan jenayah seksual.

Greenwood digantung United pada Januari 2022 selepas tuduhan ke atasnya tersebar di media sosial.

Semua tuduhan jenayah ke atasnya digugurkan pada Februari selepas Crown Prosecution Service (CPS) berkata ia susulan'penarikan diri beberapa saksi utama dan bahan baru yang menimbulkan kesangsian.

Dalam kenyataan kepada media Britain, Greenwood berkata dia membuat kesilapan tetapi menambah: "Saya tidak melakukan perkara yang dituduh ke atas saya."

Selepas mengumumkan perjanjian pinjaman Greenwood dengan Getafe, United dalam kenyataannya berkata: "Perpindahan itu membolehkan Greenwood membina semula kariernya jauh dari Manchester United.

"Kelab akan terus memberikan sokongan kepada Mason dan keluarganya sepanjang tempoh perpindahan ini."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2023 @ 8:31 AM