BELLINGHAM (kiri) meraikan gol pertama Barcelona ketika menentang  Manchester United. FOTO AFP
BELLINGHAM (kiri) meraikan gol pertama Barcelona ketika menentang Manchester United. FOTO AFP
Agensi

Houston: Carlo Ancelotti berkata, Real Madrid sudah lengkap walaupun tanpa Kylian Mbappé selepas pasukannya menewaskan Manchester United 2-0 dalam aksi persahabatan semalam.

Pemain baharu Madrid berharga €103 juta (RM511 juta), Jude Bellingham membuka tirai jaringan pada awal permainan di Stadium AT&T sebelum seorang lagi pemain ditandatangani pada musim panas Joselu menambah gol kedua menerusi sepakan akrobatik.

Ancelotti kerap berkata sebelum ini dia gembira dengan skuadnya walaupun kehilangan pemain berkarisma Karim Benzema yang berpindah ke liga Arab Saudi.

Manakala Mbappe yang dikaitkan dengan Madrid masih lagi 'dibekukan' Paris Saint-Germain yang keberatan melepaskannya.

"Skuad ini OK," kata Ancelotti. "Kami tiada masalah. Masalah mungkin mempunyai skuad tanpa kualiti tapi pasukan saya setakat ini mantap dan lengkap."

Ketika ditanya mengenai Mbppe, pengendali dari Itali itu pantas berkata: "Soalan seterusnya!"

Kemenangan ke atas United bermakna Madrid menang kedua-dua aksi pramusim di Amerika Syarikat selepas bangkit menewaskan AC Milan 3-2 di Rose Bowl, Pasadena di California Sabtu lalu.

Gergasi LaLiga itu menandatangani Bellingham, Joselu, Arda Guler, Fran Garcia dan Brahim Diaz ke dalam skuad mereka pada musim panas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2023 @ 7:19 AM