KAWAT FC (jersi kuning) bergambar dengan pasukan PDRM sebelum aksi persahabatan di padang sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, petang semalam. FOTO KAWAT
KAWAT FC (jersi kuning) bergambar dengan pasukan PDRM sebelum aksi persahabatan di padang sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, petang semalam. FOTO KAWAT
Malik Muhamad


Kuala Terengganu: Bukan kemenangan menjadi agenda utama pasukan bola sepak Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) ketika berdepan pasukan PDRM pada aksi persahabatan di padang sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, petang semalam.

Sebaliknya perlawanan berkenaan lebih kepada aktiviti riadah selain bagi merapatkan ukhwah antara ahli kelab dan pasukan The Corp itu.

Presidennya, Ahmad Safri Husnaini Mohamad berkata, aksi pemanas badan pertama pada musim ini yang memihak kepada pasukan lawan berjaya mengumpul lebih 20 pengamal media di Terengganu menyertai perlawanan persahabatan itu.

"Hampir dua tahun ahli KAWAT tidak memperagakan bakat mereka dalam perlawanan bola sepak disebab kesibukan bertugas dan kekangan lain.

"Jadi aksi pada petang semalam yang diketuai Pengerusi Biro Sukan, Malik Muhamad, ianya lebih kepada aktiviti riadah selain untuk merapatkan lagi ukhwah antara ahli kelab dan juga anggota PDRM.

"Insya-Allah selepas ini KAWAT akan membabitkan secara lebih aktif lagi dalam permainan bola sepak ini selain sukan lain," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan yang turut beraksi dalam perlawanan itu turut berpandangan melalui aktiviti sukan ia mampu merapatkan lagi ukhwah antara pasukan keselamatan dan masyarakat.

"Bersukan mampu menyihatkan badan selain merapatkan hubungan silaturahim, jadi aksi persahabatan itu sebagai serampang dua mata bagi memastikan setiap anggota sentiasa sihat terutama ketika menjalankan tugas," katanya ketika ditemui petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 January 2024 @ 2:25 PM