CORBIN antara yang membarisi kesebelasan utama. FOTO IHSAN FAM
CORBIN antara yang membarisi kesebelasan utama. FOTO IHSAN FAM
Firdaus Hashim


Doha: Pengendali negara, Kim Pan-gon mempertaruhkan skuad terbaik bagi aksi pertama Kumpulan E kempen Piala Asia menentang Jordan di Stadium Al Janoub, di sini, malam ini.

Paling mencuri tumpuan pastinya kemunculan penyerang naturalisasi terbaharu skuad Harimau Malaya, Romel Morales yang berpeluang meraih penampilan sulungnya bersama pasukan negara.

Morales yang baharu menerima taraf kerakyatan Malaysia pada bulan lalu bakal mengemudi jentera hadapan bersama Darren Lok untuk merobek gawang Jordan.

Ia akan dibantu dua pemain sayap lincah iaitu Faisal Halim dan bintang sensasi negara, Arif Aiman Hanapi.

Nadi tengah pula dipikul oleh Stuart Wilkin dan Afiq Fazail, dengan benteng pertahanan dibarisi Dion Cools, Junior Eldstal, Corbin Ong dan Matthew Davies yang bertindak selaku ketua pasukan.

Manakala gawang negara dikawal oleh penjaga gol utama Johor Darul Ta'zim, Syihan Hazmi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2024 @ 12:56 AM