KADRI akui objektifnya bersama Tunisi di AFCON gagal. FOTO AFP
KADRI akui objektifnya bersama Tunisi di AFCON gagal. FOTO AFP
AFP

Tunis: Jurulatih Tunisia, Jalel Kadri mengumumkan beliau akan berundur selepas pasukannya tersingkir daripada peringkat kumpulan yang mengecewakan di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Beliau menyertai jurulatih tuan rumah, Ivory Coast, Ghana dan Algeria untuk meninggalkan jawatan mereka.

Kadri mengumumkan keputusannya selepas pasukan 'Carthage Eagles' seri tanpa jaringan dengan Afrika Selatan, yang mengesahkan penyertaan mereka berakhir di AFCON.

"Keputusan saya sudah muktamad. Kontrak saya ditetapkan dengan objektif mara ke separuh akhir dan kerana kami gagal kontrak itu tamat," katanya dalam wawancara selepas perlawanan di televisyen.

Tunisia meninggalkan Ivory Coast tanpa sebarang kemenangan menyebabkan mereka berada di kedudukan terakhir dalam Kumpulan E, jauh berbeza daripada 13 bulan lalu apabila mereka menumbangkan Perancis 1-0 di Piala Dunia di Qatar.

Gol ke-100 Tunisia dalam pertandingan itu, yang dijaringkan oleh Hamza Rafia ketika seri 1-1 dengan Mali, adalah satu-satunya gol mereka di AFCON kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2024 @ 9:46 AM