PERTEMBUNGAN sengit Fulham dan Arsenal  yang menyaksikan Gunners pulang kecewa.
PERTEMBUNGAN sengit Fulham dan Arsenal yang menyaksikan Gunners pulang kecewa.
Agensi

London: Gary Neville menegaskan Arsenal masih mampu menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini walapun Gunners secara tiba-tiba berdepan kemerosotan prestasi.

Arsenal hanya menang sekali dalam lima perlawanan terakhir EPL sekali gus skuad Mikel Arteta memasuki tahun baru di tangga keempat.

Gunners tampil aksi menarik ketika seri di Liverpool yang menyaksikan juara bertahan Manchester City menyertai Piala Dunia Kelab di Arab Saudi.

Dua kekalahan berturut-turut di tangan West Ham dan Fulham menyaksikan Arsenal kehilangan cengkaman dalam persaingan memburu gelaran liga.

Bekas pertahanan Manchester United Neville percaya Arsenal pasti kesal dengan kegagalan menjarakkan kedudukan mereka di puncak liga.

Pengulas sukan Sky Sports itu tetap meramalkan Arsenal akan dinobatkan juara pada penghujung musim di sebalik dua kekalahan terakhir.

"Saya tidak akan menukar ramalan saya. Saya tak fikir anda boleh menukarnya ketika persaingan hanya memasuki separuh musim. Mereka belum lagi boleh diketepikan dalam persaingan juara."

"Mereka dalam tempoh sukar sekarang tetapi mereka mampu bangkit, mereka boleh juarai liga."

Neville sebelum ini bimbang dengan kekurangan penyerang berbisa berbanding pencabar liga yang lain. Malah Gunners adalah penjaring terendah dalam kalangan lima pasukan teratas dan Neville percaya penyerang nombor satu mampu membantu mereka mencapai misi untuk menjuarai gelaran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 January 2024 @ 11:41 AM