Neville kata serangan Liverpool boleh robek Barca. FOTO REUTERS
Neville kata serangan Liverpool boleh robek Barca. FOTO REUTERS
Agensi

PENGULAS sukan, Gary Neville yakin Liverpool mempunyai peluang ‘50-50’ menewaskan Barcelona andai bertemu gergasi Catalan itu pada separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Liverpool mempunyai kelebihan dua gol menjelang aksi suku akhir kedua berdepan Porto di Stadium Dragao, Portugal, awal pagi esok.

Pemenang timbal-balik akan menentang Barcelona untuk perebutan slot ke final tetapi keputusan bergantung kepada 90 minit perlawanan itu.

Neville menyaksikan bekas kelabnya tewas 3-0 kepada Barca di Nou Camp dan 4-0 secara agregat.

Apapun, mengenainya Neville yakin skuad Juergen Klopp mempunyai barisan penyerang yang mampu merobek benteng skuad Ernesto Valverde pada aksi empat terakhir kejuaraan berprestij kelab Eropah itu.

Ditanya mengenai Barcelona, Neville memberitahu beIN SPORTS: “Apabila sudah berada pada separuh akhir, sesebuah pasukan sudah cukup bagus untuk menjuarai pertandingan itu.

“Mereka ada Gerard Pique di bahagian pertahanan serta Sergio Busquets, Luis Suarez dan sudah tentu, Lionel Messi.

Tulang belakang pasukan Catalan itu fantastik”.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 3:35 PM