NEVILLE tak puas hati prestasi United.
NEVILLE tak puas hati prestasi United.
Agensi

London: Gary Neville mengakui mula bosan menyaksikan perlawanan Manchester United dan enggan lagi bekerjasama dengan mereka.

United mengalami kekalahan keenam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini selepas tewas 0-1 di tangan Newcastle semalam dan mereka berdepan tugas lebih getir apabila perlu berdepan Chelsea, Bayern Munich, Liverpool, Aston Villa dan Tottenham dalam tempoh sebulan akan datang.

Legenda Old Trafford Neville kini bimbang nasib lebih buruk menimpa bekas pasukannya selepas menyaksikan perlawanan membabitkan skuad Erik ten Hag.

Menurutnya kepada Sky Sports: "Prestasi mereka di bawah tahap sebenar, sangat mengecewakan. Saya mula bosan dan letih dengan bekas kelab saya.

"Saya tak mahu terbabit dengan permainan mereka, saya tak mahu lagi menonton perlawanan mereka dan itu perasaan paling sedih terhadap bekas kelab apabila anda enggan lagi menyaksikan mereka bermain.

"Malah bukan saya sahaja, ramai lagi sejak beberapa minggu lalu berkata 'cukup-cukuplah.'

United yang menduduki tangga ketujuh liga akan menerima kunjungan Chelsea awal pagi Khamis ini dengan The Blues kembali meraih momentum selepas menewaskan Brighton 3-2 semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2023 @ 8:39 PM