REKAAN jeris baharu Man United. FOTO Agensi
REKAAN jeris baharu Man United. FOTO Agensi
Agensi

London: Jersi Manchester United untuk musim 2021-2022 akhirnya terdedah dengan penyokong kurang senang dengan rekaan terbaru itu.

Jersi utama itu menyaksikan TeamViewer menggantikan Chevrolet selaku penaja utama di bahagian depan.

Legenda Manchester United, Gary Neville juga tidak berminat dengan rekaan jersi baharu itu.

Menerusi akaun Twitter miliknya, Neville berkata: "Saya menggemari setiap kit utama United tetapi kali ini saya tak suka langsung.

"Adakah saya terlalu kasar? Penaja tidak kena, rekaan lengan tidak menarik dan tanpa menekankan unsur warisan. Bersetuju atau tidak?"

Penyokong Man United kemudian memberi reaksi balas dan bersetuju dengan pandangan Neville.

"Jersi itu nampak buruk," tulis seorang penyokong.

Manakala seorang penyokong lagi menulis: "Hanya Sancho yang boleh menyelamatkan jersi terbaru ini."

United mencapai persetujuan dengan nilai tajaan £47 juta (RM268.5 juta) setahun bersama syarikat teknologi global, TeamViewer untuk menggantikan Chevrolet selaku penaja utama pada Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 9:45 AM