PIALA FA boleh menyelamatkan kedudukan Ten Hag. FOTO Reuters
PIALA FA boleh menyelamatkan kedudukan Ten Hag. FOTO Reuters
Reuters

Manchester: Manchester United hanya perlu mencari satu lagi kemenangan untuk tampil kali kedua berturut-turut di final Piala FA, sekali gus menyelamatkan musim yang mengecewakan buat pasukan bimbingan Erik ten Hag.

Bagaimanapun, Ten Hag mengakui saingan separuh akhir Ahad ini akan menjadi cabaran besar buat mereka.

United bertemu pasukan Liga Kejuaraan (divisyen dua), Coventry City di Wembley selepas menewaskan Liverpool dalam perlawanan suku akhir Piala FA yang mendebarkan bulan lalu yang diheret sehingga masa tambahan.

Perlawanan yang tidak dapat dilupakan di Old Trafford itu, bagaimanapun, adalah salah satu daripada sedikit keputusan positif United di tengah-tengah aksi buruk sehingga menyaksikan mereka berada di kedudukan ketujuh liga.

"Jelas sekali, kami mahu memenangi setiap perlawanan," Ten Hag memberitahu pemberita hari ini.

"Jadi apabila kami tidak menang kami kecewa, tetapi kami juga tahu kami boleh menewaskan pasukan terbaik.

"Apabila kami bermain pada tahap kami, kami boleh mencapai tahap tertinggi yang sangat tinggi."

Kemenangan pada hari Ahad akan menetapkan perlawanan akhir menentang pemenang antara Manchester City dan Chelsea.

Perlawanan akhir Piala FA musim lalu menyaksikan United tumpas 1-2 kepada City.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 9:59 PM