NAFUZI mahu pemain rebut peluang. -FOTO KDA FC
NAFUZI mahu pemain rebut peluang. -FOTO KDA FC
Izzali Ismail


Alor Setar: Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Nafuzi Zain mahu pemain merebut peluang terbaik mereka di laman sendiri apabila melayan kunjungan Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam esok.

Aksi menentang skuad Red Giants kendalian Tan Cheng Hoe ini bakal menjadi penentuan samada Kedah mampu menduduki tempat kedua Liga Super seterusnya ke layak ke saingan Asia sebelum turun pada perlawanan terakhir menentang Sabah FC 17 Disember ini.

"Ini adalah peluang terbaik yang mana kami perlu rebutkan kerana bukan senang untuk sampai ke tahap ini dan kami perlu manfaatkan setiap peluang yang ada.

"Kami mahu teruskan momentum kemenangan seperti apa yang kami lakukan selama ini dengan menang ke atas Selangor dan diikuti Sabah FC pada 17 Disember depan," katanya.

Nafuzi juga sedar ia tidak mudah kerana Selangor juga hadir dengan misi yang sama untuk kekal ditangga kedua dan mahu memastikan laluan ke saingan Asia tidak disekat Kedah.

"Selangor punyai kelebihan kerana mereka sudah berada di kedudukan kedua dengan 55 mata berbanding Kedah di tangga ketiga dengan 53 mata dan jika kita gagal mengutip mata maka peluang kita akan tertutup, itu saja.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2023 @ 1:37 PM