DJOKOVIC dan Kecmanovic bersalaman dengan beregu Itali selepas tamat perlawanan.
DJOKOVIC dan Kecmanovic bersalaman dengan beregu Itali selepas tamat perlawanan.
AFP

Málaga, Sepanyol: Novak Djokovic berkata, dia bertanggungjawab di atas kekalahan Serbia di tangan Itali pada separuh akhir Piala Davis selepas gagal memanfaatkan tiga mata akhir ketika menentang Jannik Sinner awal pagi tadi.

Pemain nombor satu dunia itu mendahului 5-4 pada set penentuan tetapi membenarkan Sinner bangkit sebelum menang 6-2, 2-6, 7-5 untuk kedudukan 1-1.

Djokovic dan Miomir Kecmanovi yang menewaskan Lorenzo Musetti dalam acara perseorangan gagal mengatasi Sinner and Lorenzo Sonego dalam acara beregu apabila tewas 6-3, 6-4 dan meninggalkan Malaga dengan kecewa.

"Bagi saya ia kekecewaan sangat besar kerana saya mengambil tanggungjawab ini, terlepas tiga mata akhir dan sangat hampir dengan kemenangan," kata Djokovic.

"Ya, sangat tidak bernasib baik. Inilah sukan. Apabila anda tewas ketika mewakili negara, perasaan kecewa itu sangat ketara."

Djokovic berkata kekalahan itu sukar diterima apatah lagi dia berazam menghadiahkan kejuaraan kedua untuk Serbia selepas kali terakhir pada 2010.

Itali pula yang kali terakhir menjulang trofi tunggal mereka pada 1976 dan akan menentang juara 28 kali Australia awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2023 @ 10:09 AM