NOVAK Djokovic dalam aksi Piala Davis di Innsbruck. -FOTO AFP
NOVAK Djokovic dalam aksi Piala Davis di Innsbruck. -FOTO AFP
AFP

Paris: Novak Djokovic mengetuai Serbia untuk menundukkan Austria 3-0 pada perlawanan pembukaan Piala Davis di Innsbruck, semalam.

Djokovic hanya mengambil masa 60 minit untuk menewaskan Deniis Novak 6-3, 6-2 selepas Dusan Lajovic mengalahkan Gerald Melzer 7-6, 3-6, 7-5 dalam aksi yang berlangsung secara tertutup berikutan peningkatan kes Covid-19 di Austria.

Nikola Cacic dan Filip Krajinovic kemudiannya menewaskan Oliver Marach dan Philipp Oswald 6-4, 4-6, 6-3.

Djokovic cuba menamatkan tahun yang sukar dengan cemerlang selepas merangkul tiga dari empat gelaran Grand Slam musim ini.

"Saya suka bermain untuk negara saya apabila mereka memerlukan saya, saya ada di sini," kata Djokovic.

Sementara itu dalam satu lagi pertembungan Itali berjaya menewaskan Amerika Syarikat 2-1 di Turin dan Sepanyol menewaskan Ecuador di Madrid.

Disokong dengan kehadiran penyokong, Itali mendahului 2-0 ke atas AS hasil kemenangan Lorenzo Sonego dan Jannik Sinner dengan Sonego, pemain ke-27 dunia mengakui dia sangat gembira.

"Saya bermain tenis terbaik dalam hidup saya," katanya selepas menewaskan Reilly Opelka 6-3, 7-6 (7/4).

Sinner kemudiannya menewaskan John Isner 6-2, 6-0 dalam tempoh 62 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 November 2021 @ 11:39 AM