PEMAIN Sri pahang FC menjalani latihan sebagai persediaan berdepan Penang FC, Ahad ini. FOTO SRI PAHANG FC
PEMAIN Sri pahang FC menjalani latihan sebagai persediaan berdepan Penang FC, Ahad ini. FOTO SRI PAHANG FC
Asrol Awang


Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mahu anak buahnya bermain dengan tenang apabila berdepan Penang FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Ahad ini.

Legenda bola sepak Singapura itu berkata, kesilapan yang dilakukan ketika tewas 2-3 di tangan PDRM FC pada 8 November lalu, diharap tidak diulangi.

"Skuad Tok Gajah perlu lebih berdisiplin sepanjang tempoh 90 minit perlawanan dalam usaha mencatat kemenangan jika mahu menamatkan kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.

"Oleh itu, kemenangan ke atas Penang perlu untuk meletakkan kedudukan terbaik iaitu lima pasukan terbaik," katanya.

Selepas 23 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan kelima dengan mengutio 44 mata dan mampu mengejar kedudukan lebih baik jika berjaya mengutip mata maksimum pada baki tiga perlawanan.

Ini kerana skuad Tok Gajah hanya dipisahkan satu mata dengan Sabah FC yang berada di kedudukan keempat manakala enam mata dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC di kedudukan ketiga.

Justeru, Sri Pahang perlu menang apabila berdepan Penang FC Ahad ini, diikuti Johor Darul Ta'zim (JDT) (3 Disember) dan Kuala Lumpur (KL) City FC (16 Disember) jika mahu menamatkan liga dengan pencapaian terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2023 @ 7:07 PM