JOVIC menanduk masuk gol penyamaan Serbia. FOTO Reuters
JOVIC menanduk masuk gol penyamaan Serbia. FOTO Reuters
Reuters

Munich: Pemain gantian Serbia, Luka Jovic menanduk masuk gol penyamaan untuk mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Slovenia dalam pertembungan menghiburkan Kumpulan C di Euro 2024 sebentar tadi.

Gol cemerlang dari pertahanan kanan Zan Karnicnik memberikan Slovenia jaringan pendahuluan dan meletakkan mereka di ambang kemenangan pertama mereka di Euro sebelum Jovic menyambut sepakan sudut lima minit memasuki masa tambahan untuk membuatkan lawan mereka kebingungan.

Slovenia terlepas beberapa peluang terbaik sebelum Karnicnik naik ke atas dari tepi kawasan penaltinya sendiri, melepaskan bola kepada Timi Elsnik dan kemudian menerima hantaran lintang cantik untuk menewaskan Predrag Rajkovic pada minit ke-69.

Serbia gagal memanfaatkan tempoh pengawalan bola walaupun ancaman daripada penyerang veteran Aleksandar Mitrovic, yang menyaksikan rembatan jarak dekat ditepis keluar oleh Karnicnik ke atas, sehingga Jovic meledak gol.

Keputusan di Munich Football Arena meletakkan Slovenia di tempat kedua dengan dua mata dan bakal berdepan pendahulu kumpulan, England dalam perlawanan ketiga serta terakhir Kumpulan C.

Serbia, di tangga terbawah dengan satu mata, seterusnya akan berdepan Denmark.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2024 @ 11:33 PM