ROBERTSON alami kecederaan bahu selepas bertembung di Simon. FOTO Instagram/andyrobertson94
ROBERTSON alami kecederaan bahu selepas bertembung di Simon. FOTO Instagram/andyrobertson94
AFP

London: Pertahanan Liverpool Andy Robertson selamat menjalani pembedahan di bahagian bahu yang tercedera ketika beraksi untuk Scotland.

Robertson mengalami kecederaan selepas bertembung dengan penjaga gol Sepanyol Unai Simon ketika Scotland tewas aksi kelayakan Euro 2024 awal Oktober.

Pertahanan kiri itu yang beraksi lapan perlawanan liga dan menjaringkan satu gol untuk Liverpool musim ini digantikan Kostas Tsimikas ketika menentang Everton Sabtu lalu.

Dia dijangka berehat panjang dan pengurus Liverpool Jurgen Klopp tidak dapat memberikan tarikh tepat untuk pemain itu kembali beraksi.

"Robbo selamat dibedah dan semua berjalan lancar, jadi proses pemulihan bermula selepas dia sedar," kata Klopp.

"Kami tak tahu berapa lama proses pemulihan berlangsung tapi langkah pertama sudah diambil, ia bagus."

Klopp dijangka melakukan rombakan untuk kunjungan Toulouse ke Anfield dalam aksi Liga Europa Kumpulan E awal pagi esok.

Namun Klopp enggan mengambil mudah cabaran kelab Perancis itu walaupun lawan mereka kurang pengalaman di peringkat Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Oktober 2023 @ 12:03 PM