Andy Robertson (tengah) terpaksa dipapah meninggalkan padang Ahad lalu. FOTO Agensi
Andy Robertson (tengah) terpaksa dipapah meninggalkan padang Ahad lalu. FOTO Agensi
AFP

Liverpool: Liverpool beraksi tanpa Andy Robertson pada perlawanan pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris minggu ini, tetapi pengurusnya Jurgen Klopp percaya kapten Scotland itu bernasib baik kerana mengalami kecederaan awal pada pergelangan kaki sebelum ia bertambah buruk.

Robertson terpaksa dibantu anggota perubatan untuk dipapah keluar meninggalkan padang ketika perlawanan persahabatan menentang Athletic Bilbao, Ahad lalu selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika menahan asakan lawan.

"Saya fikir kami bernasib baik dengan Andy, ia mungkin jadi lebih buruk," kata Klopp.

"Gambarannya tidak kelihatan begitu baik tapi kami bernasib baik dan ia tidak membabitkan jangka masa lama. Sebelum rehat antarabangsa (awal September), selepas rehat antarabangsa, saya tidak tahu."

Keadaan Robertson menjadi tanda tanya selebih dilihat berada di luar hospital Liverpool semalam dengan kakinya berbalut lengkap kasut perlindungan.

"Imbasan menunjukkan tidak begitu serius tetapi terdapat otot yang koyak di mana memerlukan rawatan," katanya di Twitter.

"Saya akan bekerja keras setiap hari supaya saya dapat membantu pasukan secepat mungkin."

Robertson dijangka terlepas aksi berdepan Norwich, Burnley dan Chelsea dalam saingan Liga Perdana dan nasibnya bersama skuad kebangsaan Scotland bagi kelayakan Piala Dunia menentang Denmark, Moldova dan Austria bulan depan masih menjadi tanda tanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Ogos 2021 @ 8:09 PM