PASUKAN Tajikistan meraikan kejayaan selepas menewaskan Malaysia 2-0  di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO Aswadi Alias
PASUKAN Tajikistan meraikan kejayaan selepas menewaskan Malaysia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO Aswadi Alias
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Pengendali Tajikistan, Segrt Petar mengakui pasukannya layak menjuarai Pestabola Merdeka selepas menewaskan skuad Harimau Malaya 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Katanya, pemainnya menunjukkan disiplin cukup tinggi sepanjang 90 minit aksi.

"Saya rasa ramai tak sangka kami menang, tapi saya memang yakin dari awal. Kami layak untuk menang dari semua segi, disipilin yang baik dari pemain, taktikal menjadi, persembahan yang baik dan kami layak untuk menang," katanya pada sidang media selepas aksi itu.

Tajikistan yang dibarisi rata-rata pemain muda yang pernah beraksi di pentas Piala Dunia B-17 di Brazil pada 2019 lalu nyata ampuh dan bijak menyerap asakan pemain negara.

Dua gol skuad Singa Persia itu disumbangkan Soirov Rustam dan Samiev Shahrom masing-masing pada minit 44 dan 87.

Kemenangan ke atas Malaysia itu meneruskan rekod baik Tajikistan yang turut menewaskan skuad Harimau Malaya menerusi sepakan penalti pada aksi final Piala Raja Thai di Thailand, tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Oktober 2023 @ 11:58 PM