ARIF Aiman ledak gol kedua hasil sepakan penalti pada perlawanan Pestabola Merdeka 2023, Malaysia menentang India. -FOTO Aizuddin Saad
ARIF Aiman ledak gol kedua hasil sepakan penalti pada perlawanan Pestabola Merdeka 2023, Malaysia menentang India. -FOTO Aizuddin Saad
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Pemain lincah Harimau Malaya Ariff Aiman Hanapi tidak menghadapi masalah apabila diletakkan sebagai penyerang kedua dalam pasukan kebangsaan.

Ariff berkata, variasi taktikal ditetapkan pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon yang sering berubah mengikut lawan sudah pastinya menuntut pemain sentiasa bersedia apabila diletakkan di mana saja posisi dalam pasukan.

Katanya, walaupun ia adalah tugasan baharu buat Arif Aiman, Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) sudah membuktikan pendekatan itu mampu menghadirkan nilai tambah kepada pasukan.

"Memang jurulatih letak saya sebagai penyerang kedua, jadi saya kena main macam biasa walau di mana sekalipun saya diletakkan. Kita tahu kita ada Akhyar (Rashid) dan Faisal (Halim), jadi jurulatih letakkan saya di posisi itu kerana mahu ada pemain yang boleh berlari ke depan.

"Kita ada banyak peluang untuk jaringkan gol (ketika menentang India) tetapi mungkin tidak ada rezeki. Jadi kami kena baiki kelemahan untuk hadapi perlawanan akan datang," katanya.

Ketika ini, Pan Gon sudah menjelaskan mahu memanfaatkan pemain dimilikinya semaksimum mungkin khususnya dalam aspek kelajuan sekali gus mampu mempraktikkan permainan menyerang dengan lebih berkesan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2023 @ 5:42 PM